"Sebuah inspirasi."

Mulai hari ini, detik ini, ia menjadi detik permulaan sesuatu baru untuk kita semua. Semoga segala yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Ha weh, harini aku nak cerita pasal blog ni. kenapa aku aku tetiba buat blog? dah buang tebiat ke kan. Meh aku story sikit.

Sebenarnya, pernah satu tika dulu lagi aku memang berhajat untuk mempunyai ruangan sendiri yang boleh aku kongsikan tentang apa sahaja dengan semua orang. So, ni lah kot tempat yang aku boleh tulis-bebel-karang ayat pepanjang. Aku tengok blog ni macam best je. Why not kan. Sekarang baru nak start. Idea yang entah beberapa tahun  lalu.

Aku ni dari dulu lagi suka menulis. Dengan ayat aku luahkan rasa. Aku ni jenis orang yang banyak yang nak diceritakan, tapi tak terluah dengan kata-kata. Pendam je lah. Kadang share jugak dengan badigols' ke kabut ke. Dengan Nany ke. Ibu ke. Sesiapa lah.

Tapi, melalui tulisan lah banyak aku luahkan apa yang aku rasa. Boleh je tempat lain nak share cerita, tapi semua tempat terhad. Dan sebenarnya, dulu... seorang Adam pernah berhajat nak jadi pembaca setia blog aku. Katanya pada beberapa tahun lalu. Lama dah, sekarang baru tercapai hajat dia, jika kau masih ada mesti kau happy kan...

So Adam, aku dah ada blog sendiri !!!! Terima kasih Dam kerana selalu menjadi inspirasi aku, dari dulu, dan selama-lamanya.

Adam,
Aku tak tahu lah kalau aku sorang je rasa ni atau buddyz badigols yang lain pon rasa sama macam apa yang aku rasa ni. Aku selalu rasa yang kau tu ada, cuma kita tak dapat jumpa-lepak-borak macam dulu. sebab masing-masing busy life sendiri. Kau ada cuma kau jauh. kan... Itu apa yang aku rasa lah.

Terima kasih Allah sebab selalu bagi aku jumpa kau Dam, walau sekejap. Kau selalu muncul dalam mimpi aku. Kadang masa aku buat kerja lain, tup tup teringat kat kau. Berehat lah kau dengan tenang dari penat lelah dunia ni Damdek.

Yang akan dikenang Adam Roslan.
Alfatihah.

-ayat yg kau tulis dalam buku biodata form5 aku-


Comments

Popular Posts