The timing of Allah
Petang tadi lepak rumah ibu, lepas buang sampah. borak2 petang..
Kitorang sembang pasal kondangan(jemputan kenduri kawin). Sedang musim covid macam ni orang masih nak buat kenduri kawin. tak fikir ke risiko yang boleh terjadi. kenapa tak buat simple simple je, yang wajib je. Hanya jemput keluarga terdekat dengan niat memperkenalkan ahli keluarga baru. That's all. Tapi kenapa nak buat majlis resepsi? Aku pon tak faham dengan orang yang macam ni. Perlu ke nak jemput sana sini. Kang ada pula klaster kenduri kawin kang. omg~
Aku kalau murah rezeki, jodoh ada. okay je kawin.. hmm~ orang kata musim covid ni lah elok kawin. Majlis simple, takpayah susah susah nak tepis apa kata kata makcik bawang. Tentang itu tentang ini.
Aku kalau jodoh aku mampu dan dah bersedia, aku onz je.. tapi jodoh nya mana?? Ha ha ha ha
Kalau lah cari jodoh ini macam semudah beli ikan di pasar. takyah aku pening nak pikior kan nya yop.. Doakan lah yang baik baik, semoga kata kata yang baik itu berbalik.
My dream wedding / Perkahwinan yang aku impikan:-
1. Paling penting, saat aku nikah, aku nak ibu ada disebelah aku.. ibu yang mengiringi dan melepaskan aku kepada keluarga baru. Aku nak ibu ada.. itu je aku mohon, semoga ibu sihat walafiat sampai kakdek jumpa jodoh kakdek. Aamin
2. Aku tak mengimpikan perkahwinan yang megah2 atau besar2an. Aku terima jika perkahwinan itu cuma sekadar yang wajib, aku redha. lagi simple lagi bagus.
3. Jemputan pon tak perlu ramai2. saudara terdekat sahaja..
Sebab bagi aku perkahwinan ini bukan sehari dua, perkahwinan ini kehidupan nanti selepas kahwin..
Kalau pendapat korang berbeza dengan aku korang boleh komen, atau nak share pape berkenaan dream wedding korang ke, nanti aku baca.. Okay tu je, bebelan aku untuk kali ini.
Ohya! malam tadi aku mimpi Adam, panjang mimpi tu aku cerita sikit jelah. pendekkan cerita:-
Adam bagi aku pinggan dia kata "aten ni untuk ko" .
Aku dah cerita pasal mimpi ni kat badigols'. kalau mimpi tu membawa apa2 maksud. aku ikhlas.. Alfatihah buat sahabat kita Adam roslan..
Comments
Post a Comment